Showing posts with label agent garam buluh. Show all posts
Showing posts with label agent garam buluh. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

RESEPI RAMADHAN : MASAK LEMAK AYAM KAMPUNG

 
 
Assalamualaikum..
 
Selamat Berbuka ye Muslimin Muslimat
Apa menu berbuka hari ni?Dah siap ke ?Yang tengah online ni mesti malas masak ni ...hehehe..
Saje nak upload gambar Dari Dapur Wannsury
 
 
 
Mee Goreng Basah..
 
 
 
biasa beli dekat bazaar sebungkus pun RM2.00 kan?So,better berjimat dan masak je di rumah..Yang tak rajin tu,sediakan duit je shoppingmenu berbuka...
 
 
 
 
 
 

 
another Menu : Masak Lemak Ayam Kampung.
 
 
Terliur eh...hahaha,..sabar ye..tak lama nak berbuka dah..
Kalau nak try masak Menu diatas,jangan risau, wann sertakan resepi memasak.
 
 
 
Masak Lemak Ayam Kampung.
 
Bahan - bahan :-
  • Ayam
  • Pati Santan Kelapa
  • Ubi Kentang
  • Cili Besar 2 biji
  • Serai
  • Bawang Putih & Bawang Merah
  • Garam
  • Kunyit serbuk
  • Kunyit hidup
 
 
Cara- Cara penyediaan :
  1. Ambil beberapa bahagian ayam.Terpulang utuk guna ayam kampung atau ayam biasa
  2. Pastikan ayam dipurifikasi dengan biozone food purifier dulu ok..buang lelemak yang kekal dan toksin.
  3. Tumbuk cili besar,kunyit hidup dengan bawang putih & merah.Kemudian tumiskan hingga naik bau.
  4. Bila cili sudah masak,masuk ayam dan sedikit air untuk sebatikan bahan dalam ayam.
  5. Masukkan serbuk kunyit.Reneh sampai ayam masak.biar sebati.
  6. Masukkan pati santan kelapa dalam periuk.reneh hingga pecah minyak.Tips lain:- timbuk @ kacau masak lemak jika taknak pecah minyak ye
  7. Masukkan garam secukup rasa ..
  8. Siap dan sedia dihidang.
 
 
If ada,resepi lain,boleh la share ye...
Selamat Mencuba
 
 
 
 


Saturday, 13 July 2013

RESEPI & CARA MASAK IKAN BILIS SAMBAL PETAI

 
assalamualaikum
 
hari ni hari sabtu, you all buat ape ?today mesti ramai yang cuti .yela,first week of Ramadhan.Mood pun malas nak kerja kan?,So,manfaatkan cuti dengan baik ye..
 
eh, sambil-sambil 'online' ni,dah fikir ke menu ape untuk berbuka nanti?Yang ala-ala barat ke ala-ala kampung je?Rasanya bulan puasa ni ramai yang 'google' resepi masakan kan..nak masak lemak la,masak kari ayam/ikan/daging,masak sambal udang,/ayam/ikan,masak tonyam,ikan 3 rasa la,sayur macam2,kuih-muih tradisonal nak buat ,betul tak?
 
 
 
Wann nak share sikit ilmu memasak ni..Menu Hari Ini :
IKAN BILIS MASAK SAMBAL PETAI
 
 ok.gambar bukan ilustrasi ye..ni gambar hasil air tangan sendiri..cubalah ye..
Macam mana nak masak ni?ok,ikuti langkah di bawah.
 
 
 
A)Bahan-bahan digoreng :-
  • ikan bilis
  • petai ( dipotong kecil)
  • cili api /cili
  • besar bawang putih & bawang merah
  • garam (paling afdal garam buluh ye ;P)
  • gula
  • belacan ( terpulang nak atau tidak)
  • air asam jawa
 
Cara-cara memasak :-
  1. Cili api,bawang,sedikit belacan,sedikit garam,sedikit minyak masak,sedikit gula(elak pedas) dan sedikit air asam dikisar kasar.
  2. Panaskan kuali dan minyak
  3. Masukkan bahan dikisar tadi kedalam kuali.Masak hingga naik bau dan cili tadi masak.
  4. tambah sedikit air untuk elakkan sambal kering
  5. Masukkan petai dan tunggu hingga sebati.
  6. akhir sekali,masukkan ikan bilis yang telah digoreng.
  7. Boleh tambah garam secukup rasa.
  8. sedia dihidang
 
 
 
Rasa yang sedap cukup rasa masin,manis,pedas dan tabah selera.
Petai tu boleh dipotong sama ada nak berkulit atau isi sahaja..Isi boleh beli di pasaraya dan yang fresh dari pasar borong ok..belacan pun ikut citarasa.
 
Resepi ni dari rasa sendiri la..if you all ade cara lain pun boleh share-share ye...
thanks sebab singgah sini..Selamat Mencuba tauu
 
 
Selamat Berbuka..
 
oh ye,kalau nak cuba garam khasiat,Garam Buluh,boleh contact wann ye...atau Marine Essence Bamboo Salt Series,
ada Bar,Mandian,Syahmpu, & Mineral Coffee.
 
 
 

 
 
 

Tabung Cantik