Friday, 10 August 2012

CAHAYA LAILATUL QADAR-MENCARI REDHAMU




Hai..Assalamuaikum..

Harii you pose tak?Ha..kenalah semangat2 ok..


Diam tak diam..Dah masuk puasa ke 20 dah..Kiranya tinggal 10 hari lagi nak beraya..Syokkan?
Biasa 10 RAMADHAN TERAKHIR ni orang kaitkan dengan
malam 1000 bulan.
Amalan kita digandakan ibarat setahun beribadah...MasyaAllah..Besar sungguh nikmat dan berkat ALLAH pada kita..

Dan malam tu adalah
MALAM LAILATUL QADAR..






 

10 malam terakhir adalah malam yang ditunggu tunggu oleh sekalian umat Islam yang menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yang beribadah. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yang paling beruntung.



 


Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.





Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar






Perkara sunat yang dilakukan ketika beriktikaf ialah memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa.


Begitu juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.










Sejuk mata tengok anak2 buah pun nak belaajr sembahyang walau tak tahu ape2..Tapi dah pandai bace doa la..Doa makan dan tido..hehehe.Kita yang besar ni???
Semoga sempena Malam Lailatur Qadar, Allah terima ibadah,doa,dan puasa kita..

YA ALLAH,tetapkan lah hati kami pada jalanMu ,kuatkan lah IMAN kami,terimalah IBADAH kami..
Redhakanlah perjalanan hidup kami..
Di dunia dan akhirat..









1 comment:

[DnaZz] said...

Nice blog
Jom singgah http://www.indnazzshoes.com/2012/08/redmummy-dapat-11k-dengan-hanya.html


Tabung Cantik