Friday, 7 June 2013

Zikir Ibu Mengandung - Zikir Pengikat Kasih Ibu Sepanjang Hayat


 


Assalamualaikum..
Alhamdulillah,kita dah masuk bertemu Hari Jumaat yang ke-2 dalam Bulan JUNE..Sepanjang seminggu ni,apa aktiviti bagus dan kebaikan yang kita buat???
Semoga Allah limpahkan rezeki dan permudahkan setiap titik usaha serta urusan kita selalu..Ingat!!! Allah hanya SATU tapi tak pernah lupa setiap satu hambaNya..Allahuakbar 3X.
Memang biasa kita tahu ada zikir harian kan.dari Hari Isnin Sampai Hari Ahad ..Tahu tak??kalau tahu boleh agak tak ape zikir-zikir mudah tu?tgok kat atas ni.,Sebenarnya wan pun bukan la alim ulama yang kuat imannya..at least nak berkongsi ilmu yang sedikit pada you all..Ini pun kira berdakwah tau!!!
 

Today nak kongsi cerita pasal
"Zikir Ibu Mengandung"
 
awal bulan lepas ternampak atas meja kakak..Kakak wann dah mengandung masa tu dah 4bulan. tapi dia baru tahu mengandung sebab takde alahan..So,balik pada cerita tu,teringin jugak nak buka then baca..Menarik dan menenangkan hati..Seronok pulak rasa jadi ibu mengandug ni...Bila lah turn daku ni!!!hehehe.
Ni la buku Zikir Ibu Mengandung tu

 
 
banyak tau zikir-zikir dalam buku ni ..selalu la dengar kakak membaca.sambil menulis,sambil dengar lagu,sambil kemas fail,sambil-sambil je..sambil2 tu juga wann pun baca sama..hehe..mane tahu cepat dapat jodoh..
Zikir dari bacaan Al-Quran yang tenang je..pesan orang tua pun ada kan.Nak dapat anak dengar kata,anak cantik,anak bijaksana,anak yang baik,nak mudahkan bersalin..Amalkan baca surah dan berzikir..Banyakkan berdoa.Mana tahu Allah perkenan doa ..Kan DOA Ibu mengandung ni mudah dimakbulkan..Mulut Masin.Ha..
 
Bila kita rajin berzikir,berdoa,solat,baca yasin,baca surah ,selawat..secara tak langsung ibu dapat pahala free kan?Kan bagus.Practice make Perfect.Makin buat makin lancar lidah nak sebut dan sentiasa ingat dan rasa dekat Maha Pencipta kita..
Subhanallah..seronokkan..
 
Tak sabar nak ada anak sendiri..If kita ni masih muda,takkawin lagi.atau dah lama kawin pun boleh je amalkan...biar kita basahkan hati dan lidah kita dengan alunan yang sedap didengar.dari caci mencaci atau cakap yang bukan-bukan..Cakap pasal Ibu Mengandung ni..teringat mak di kampung..terasa jauh di sudut hati rasa perit sebab sedih..mengenangkan perngorbanan ibu pada anak nya..Lagi sedih bila ade anak yang derhaka pada orang yang kandung,melahirkan,mendidik dan membesarkan mereka macam menatang minyak yang penuh..Tapi bila dah besar dia "menatangkan " mak dia..YA ALLAH!!!!
 
Semoga Allah tetapkan iman dan hatiku agar sentiasa beringat akan kekuasaaan Nya..Semoga Mak dan Abah sentiasa dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yangbaik ,sentiada berbahagia dan diberi kesempatan untuk ke rumahMu Ya Allah..Perkenankanlah doa hambamu ini.Insya Allah,akan aku berusaha buat mereka..
 
Buat Para Bapa,jagalah hati dan keperluan isteri dan ibu anak-anak anda..barulah rumah tangga bahagia.buat Ibu-ibu pula,Semoga kehadiran permata yang dalam kandungan mu itu menjadi anak yang soleh dan solehah.Hargailah amanah Allah buat mu sekeluarga..Amin amin amin.Yang masih berusaha nak menjadi ibu,berusahalah kerana setiap usaha itu Allah hitung dan selitkan rezeki dan pahala buat mu...Insya Allah..
 
 
 
 
 

No comments:


Tabung Cantik