Janganlah kamu berdengki atas kejayaan orang lain sebaliknya manfaatkan lah peluang untuk sama-sama meraih kejayaan.
Semua orang nak berjaya kan?Salah satu adalah cabang perniagaan.Jangan jatuhkan bangsa sendiri kerana sesuatu..Berniaga bukanlah perkara hina.dan tak salah jika kita ingin miliki perniagaan sendiri....Malah 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan.Tak salah kan??
Bangsa Melayu banyak kelebihan jika dibandingkan dengan bangsa lain..biarpun kita serumpun namun kadang kala pemikiran berbeza.Dan Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri yang sentiasa berjiwa rakyat beri nasihat yang boleh kita ambil sebagai panduan dan pedoman dalam kita inginkan kejayaan sebagai usahawan..
1. Melayu Perlu Belajar Dari bawah
Kita perlu balajar dari bawah sebelum masuk dan memulakan perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan buka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dengan bidang tertentu yang kita ingin ceburi dan memahami selok belok dunia perniagaan.Contoh, jika mahu membuka restoran,bekerja dan lihat situasi dunia perniagaan restoran dari tukang buat air,pelayan,juruwang dan sebagainya.
Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal Efektif
Modal efektif dan relevan.Jika mahu membuka perniagaan bernilai RM100,000.00,perlu ada wang tunai RM300,000.00.
i) 1/3 -Modal Bisnes
ii)2/3 Pengurusan dan Modal pusing.
3.BerUSAHA bersungguh-sungguh
Berusahalah tanpa jemu.Usaha yang berterusan dalam Promosi,Pemasarann,Produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.Kuasai ilmu perniagann yang ingin diceburi.
4.Bersabar dalam tempoh lama
Kita perlu bersabar dalam tempoh yang panjang.kerana bisnes perlukan masa bukan sekelip mata berjaya dan selesa.
5.Jenis Perniagaan
Perlu kenal jenis bidang perniagaan.Jika mahu buka restoran,mesti faham,kenali,memahami semua sudut niaga restoran.
6.Rajin Meninjau Bisnes
Perlu rajin keluar dari pejabat dan tinjau dunia perniagaan sama produk,pekerja dan segalanya.Sikap yang hanya terperap akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan Teknologii
Manfaatkan segala peralatan mesin moden,internet,(jaluar lebar) dan media sosial.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dipasaran.
8.sentiasa tambahkan ASET
Tambahkan aset persendirian sama ada belian hartanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerana harga akan meningkat.Pavilion membeli tanah di Kuala Lumpur dengan RM7000.00 sekaki.
9.Belajar dengan berlainan bangsa
Bangsa Cina berjaya dalam perniagaan di Malaysia.Kita perlu belajar dengan orang yang berjaya,itu memberikan bonus kepada kita.
10.Ikhlas dalam Perniagaan
Kita perlu ikhlas dan perbetulkan niat dalam menjalankan apa jua bisnes.Jangan mengharapkan kejayaan dan kekayaan dahulu tanpa usaha.Manfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak MITOS
Ramai yang menganggap Bangsa Cina maju dalam perniagaan kerana menipu itu adalah mitos ,Hakikatnya mereka berjaya kerana usaha keras mereka dan sistem yang disediakan."Jika ada yang anggap cina kaya sebab menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia
Amalkan sikap positif seperti rajin,amanah,tidak menipu
dan sebagainyaSetiap amalan yang baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Ubah minda kepada Positif
13.Jauhkan dari sifat keji
Suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,meletak harga yang tidak berpatutan,hasad dengki,menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya.sifat ini adalah punca kebanyakan gagal dalam perniagaan.
14.Jangan terlalu bergantung dengan Tender kerajaan
Sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya dipasaran dalam dn luar negara
15.Mempunyai jaringan /network
Supaya saling membantu dan memudahkan pekerjaan masig-masing
16.Bayar hutang dengan baik
Hutang wajib dibayar walaupun 1 sen.Ramai yang mengabaikan hutang dan menyusahkan diri sendiri serta orang lain..
"Jangan jadi puak kecil tunggu di luar bandar
apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai.."
- Tun Dr.Mahathir Mohammad
Selamat Maju Jaya
Pada yang ingin mulakan perniagaan sendiri dari rumah secara online,boleh contact wan ok..Kami sediakan pelan pemasaran dan produk yang mudah.
cepat-cepat contact wann ye..
No comments:
Post a Comment