Hari ni lasT day la dapat solat sunat Dhuha..
Alhamdulillah..Walau ade halangan tadi (*tiba-tiba tak ingat doa iftitah)..Ya Allah..teruji betul...
Syukur,selesai jugak..
So,wann nak share sikit kebaikan solat sunat Dhuha.
FADHILAT SOLAT SUNAT DHUHA
SOLAT DHUHA
Solat ini didirikan apabila matahari sedang naik memancar lebih kurang pukul 8 pagi.Biasanya lebih kurang setengah jam dari waktu syuruk sehingga gelincir matahari iaitu masuk waktu zohor.Boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat atau hingga 12 rakaat.
Dalam hadis ada disebut :
Dari Anas r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda :
" Sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha sebanyak dua belas rakaat ,nescaya Allah binakan sebuah istana untuknya dalam syurga nanti."
(Hadis riwayat tirmidzi)
Dari Abu Nuwas bin Saman r.a ,Rasulullah bersabda,
Allah Ta'ala telah berfirman :
" Wahai anak Adam!Janganlah engkau malas untuk megerjakan empat rakaat pada waktu permulaan (solat dhuha),nanti akan Aku penuhi keperluanmu pada petang harinya."
(Hadis riwayat Al-hakim dan Al-Tabrani)
Lafaz Niat
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
1. Rakaat Pertama
Baca Alfatihah
Baca Surah ( Ayat kursi @ afdal As-Syams)
Baca Alfatihah
Baca Surah ( Ayat kursi @ afdal As-Syams)
2. Rakaat Kedua
Baca Alfatihah
Baca Surah, surah Ad-dhuha
3.Akhir
Tahiyyat akhir & Beri Salam..
Tahiyyat akhir & Beri Salam..
4. Titipkan Doa
Mohon Allah murah dan limpahkan rezeki yang seluas-luasnya.
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.Allah Maha Mendengar
Doa ini khas untuk waktu Dhuha :
Nak mudah hafal doa guna cara berlagu.
sambil nyanyi dapat pahala juga...
kumpulan UNIC
doa sebaik-baiknya
biasa dalam solat kita pun selalu doa mohon rezeki kan???Tapi untuk dhuha khusus doa ni..boleh jugak kot kita doa dalam solat harian..itu kena tanya pakar..
Wallahualam...
selamat beramal
No comments:
Post a Comment